Jumaat, 13 Julai 2012

Penggunaan perkataan Dato' dan Datuk


Dato' ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Sultan atau Raja, manakala Datuk ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Yang Dipertua, seperti Melaka, Sarawak, dan Sabah. 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Bahagian Istiadat dan Urus Setia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya, atau Bahagian Protokol, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berkenaan. Saudara boleh juga merujuk definisi Dato' dan Datuk dalam Kamus Dewan edisi keempat.

Buku Protokol di Malaysia Tradisi dan Amalan, terbitan DBP juga ada memberikan maklumat tentang Darjah-darjah Kebesaran yang dianugerahkan khususnya, oleh Kerajaan Persekutuan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan