Kata pemeri ‘ialah’ digunakan secara persamaan dan hadir di
hadapan frasa nama seperti dalam ayat berikut:
“Itu ialah suara Edah”.
‘Ialah’ dalam ayat ini merupakan persamaan antara subjek ayat ‘itu’ dan predikat ayat ‘suara Edah’ yang merupakan frasa nama. ‘Adalah’ pula, digunakan secara huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama, seperti dalam ayat berikut:
“Vitamin C adalah baik untuk kesihatan badan”.
‘Adalah’ dalam ayat ini menghuraikan ‘vitamin C’ yang hadir sebelum frasa adjektif ‘baik untuk kesihatan badan’.
Kata sendi nama ‘untuk’ dan ‘bagi’ digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan fungsi tertentu. Dalam konteks penggunaan yang menunjukkan kegunaan untuk sesuatu, kata sendi nama ‘untuk’ boleh bertukar ganti dengan kata sendi ‘bagi’. Contoh:
“Asrama untuk/bagi pelajar wanita sedang dibina.”
Dalam penggunaan yang menyatakan maksud bahagian yang diperuntukkan, ‘untuk’ tidak boleh bertukar ganti dengan 'bagi'. Contoh: “Hadiah itu untuk ibu” dan bukannya “Hadiah itu bagi ibu.”
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan