Hukum D-M
Hukum D-M ialah hukum atau peraturan menyusun kata nama majmuk dan ayat dengan mendahulukan unsur yang diterangkan (D) dan mengemudiankan unsur yang menerangkan (M).
Contoh :
dalam lain perkataan (in other words)
lain-lain perkara (other matters)
Tan Gigi Klinik (Tan Dental Clinic)
percuma tawaran (free offer)
Mubarak restoran (Mubarak Restaurant)
Dunlop tayar (Dunlop tyre)
Goreng pisang
Aminah Gedung Fesyen
Kedai Jahit Wanita
Cili Sos
Maggi mi
Dua Minit Mi
Syarikat Muthu Perabot
Delima Hotel
Ban Cheong Kedai Buah-buahan
Susunan yang betul ialah :
Dengan kata-kata lain
Perkara-perkara lain
Klinik Gigi Tan
Tawaran percuma
Restoran Mubarak
Tayar Dunlop
Pisang Goreng
Gedung Fesyen Aminah
Kedai Menjahit Pakaian Wanita
Sos Cili
Mi Maggi
Mi Dua Minit
Syarikat Perabot Muthu
Hotel Delima
Kedai Buah-buahan Ban Cheong
Penggunaan Kata dan Frasa
Kata Sendi “di”
- digunakan di hadapan KN dan FN untuk memenuhi pelbagai fungsi tertentu.
1. Tempat yang tetap.
… di sekolah itu.
… di pangkal ayat.
… di kota besar.
2. Lingkungan yang mujarad (abstrak) melalui kiasan dengan maksud tempat.
… di matanya.
… di hatinya.
3. Arah tempat atau ruang maujud (konkrit).
… di dalam tabung.
… di luar negara.
Kata Sendi “pada”
1. Untuk menyatakan masa.
Pada zaman itu …
Pada hari ini …
2. Tempat bagi perbuatan Kata Kerja yang berupa benda, orang atau binatang.
Pada kakinya …
Pada tanah air ….
Pada sudut 45 darjah ….
3. Digunakan dalam lingkungan mujarad (abstrak) melalui kiasan.
Pada ingatannya …
Pada pendapatnya …
Pada fikirannya …
Pada pandangannya …
Kata Sendi ‘ke”
1. Tempat atau arah tuju yang bukan manusia atau haiwan tetapi benda konkrit tak bernyawa.
… ke tempat lain.
… ke dalam sungai.
… ke tengah hutan.
2. Menunjukkan masa atau batas masa.
… ke petang.
… ke zaman.
dari masa ke masa atau dari semasa ke semasa.
3. Lingkungan mujarad (abstrak) melalui kiasan dengan makna tepat.
… ke alam khayalan.
… ke tahap serius.
Kata Sendi ‘kepada”
1. Arah tuju dengan manusia, haiwan, institusi atau unsur mujarad yang mewakili manusia sebagai sasarannya.
….kepada bapanya.
….kepada mahasiswa itu.
… kepada pihak fakulti.
… kepada angin lalu.
2. Arah perubahan antara dua benda atau perkara.
… kepada lebih 20 juta.
… kepada campuran.
3. Pemecahan sesuatu kepada bahagian-bahagian tertentu.
… kepada dua belas bab.
… kepada lima kumpulan.
… kepada sesi pagi.
Penggunaan Kata Tertentu
Penggunaan kata ganti nama “ia” dan “ianya”
Ia – ialah kata ganti nama diri ke-tiga untuk manusia sahaja. Tidak boleh digunakan untuk benda, konsep dan sebagainya.
Mesti dan Pasti
Mesti : kata bantu yang hadir sebelum KK dengan maksud wajib/patut dilakukan.
Contoh : Pelajar-pelajar mesti menghadiri ceramah.
Pelajar-pelajar mesti lulus mata pelajaran bahasa Malaysia.
Pasti : kata adjektif yang bermaksud tentu, tidak salah lagi, tidak boleh tidak.
Memperhatikan dan memerhatikan
Memperhatikan – daripada kata dasar “hati”.
- menerima apitan memper……kan.
- oleh itu wujud memperhatikan yang bermaksud memandang, melihat
dengan cermat.
Contoh : Guru memperhatikan tingkah laku pelajarnya.
Memerhatikan – sepatutnya wujud daripada kata dasar “perhati”. Oleh sebab kata dasar ini tidak wujud dalam kata dasar BM, maka kata memerhati dianggap menyalahi peraturan tatabahasa.
Kesal dan Sesal
Kesal : rasa tidak senang atau kecewa atau rasa marah.
Contoh : Malaysia kesal atas ucapan Putera Philip.
Sesal : keinsafan telah bersalah.
Contoh : Dia berasa sesal atas perbuatannya yang telah lalu.
Mencintai dan menyintai
Kata dasar yang bermula dengan C apabila diimbuhkan dengan awalan tidak pernah mengalami proses pengguguran. Oleh itu, kata mencintai adalah tepat dan bukannya menyintai. Begitu juga dengan mencuci, mencantas, mencubit, mencorak, mencium, mencipta, mencucuk, mencukur.
Penggunaan Kata Kerja sebagai penerang
KK yang bertugas sebagai penerang dalam FN tidak perlukan imbuhan awalan.
Contoh :
Bilik bacaan (bukan bilik membaca)
Pusat Beli Belah (bukan Pusat Membeli Belah)
Alat Bedah (bukan Alat Membedah)
Mesin Taip (bukan Mesin Menaip)
Tempat Letak Kereta (bukan Tempat Meletak Kereta)
Dua suku jam/dua jam suku
Lupa janjinya/lupa akan janjinya
Meluaskan lagi lebuh raya Kuala Lumpur-Seremban/meluaskan lebuh raya Kuala Lumpur-Seremban lagi.
…sambil menyanyi lagu Negaraku/…sambil menyanyikan lagu Negaraku.
…saling potong-memotong/potong-memotong(saling memotong)
Samad menggaru-garu kepalanya berkali-kali …./Samad menggaru-garu kepalanya… atau Samad menggaru kepalanya berkali-kali.
….memegang erat-erat tangan kekasihnya/memegang tangan kekasihnya erat-erat.
Memperbesar perniagaan/membesarkan lagi perniagaan
Bersenjatakan dengan pisau/bersenjatakan pisau…
Berdasarkan kepada fakta/berdasarkan fakta
Bertanyakan tentang khabar/bertanyakan khabar
Menceritakan tentang hal itu /menceritakan hal itu
Memasuki dalam pertandingan/memasuki pertandingan
Membaca banyak majalah/banyak membaca majalah
Balik kampung/balik ke kampung
Guru besar-guru besar / guru-guru besar
Kapal terbang – kapal terbang / kapal-kapal terbang
Menteri Besar – Menteri besar / Menter-menteri Besar
Pelajar-pelajar sekolah / pelajar sekolah
Rakyat-rakyat Malaysia / Rakyat Malaysia
Penduduk-penduduk kampung / penduduk kampung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan