Ahad, 15 Julai 2012

Pantun Warisan Melayu




Pantun merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat luas dikenal dalam bahasa-bahasa Nusantara. Dalam bahasa Jawa, misalnya, dikenal sebagai parikan dan dalam bahasa Sunda dikenal sebagai paparikan. Lazimnya pantun terdiri atas empat larik (atau empat baris bila dituliskan), bersajak akhir dengan pola a-b-a-b (tidak boleh a-a-a-a, a-a-b-b, atau a-b-b-a). Pantun pada mulanya merupakan sastera lisan namun sekarang dijumpai juga pantun yang tertulis.

Semua bentuk pantun terdiri atas dua bahagian: sampiran dan isi. Sampiran ialah dua baris pertama, kerap kali berkaitan dengan alam (bercirikan budaya agraris masyarakat pendukungnya), dan biasanya tidak mempunyai hubungan dengan bahagian kedua yang menyampaikan maksud. Dua baris terakhir merupakan isi, yang merupakan tujuan daripada pantun tersebut.

Karmina dan talibun merupakan bentuk kembangan pantun, dalam artian memiliki bagian sampiran dan isi. Karmina merupakan pantun "versi pendek" (hanya dua baris), sedangkan talibun ialah"versi panjang" (enam baris atau lebih).


Struktur sesebuah pantun
Pantun yang berbagai-bagai?

Pulau pisang / rumah api, }________ pembayang, 8 suku kata
Pedoman kapal / belayar malam; }__ pembayang, 10 suku kata
Sebelum ajal / berpantang mati, }___ maksud, 10 suku kata
Walau tercampak /lautan dalam. }__ maksud, 10 suku kata

Pedoman kapal / belayar malam, }__ pembayang, 10 suku kata
Sarat bermuat / buah keranji; }_____ pembayang, 10 suku kata
Walau tercampak / lautan dalam,}__ maksud, 10 suku kata
Tidak lupa segala / janji. }_________ maksud, 9 suku kata

Seterusnya merupakan ciri-ciri ataupun struktur pantun:

1) 2 baris awal ialah pembayang maksud
2) 2 baris akhir ialah maksud pantun
3) Setiap baris mempunyai 8 hingga 12 suku kata
4) Kosa kata pantun berunsurkan alam
5) Hujung baris 1 & 3 harus berima (aa) dan hujung baris 2 & 4 harus berima (bb)

Kelainan pantun daripada syair:

1) Tidak mempunyai pembayang
2) Hujung baris 1 hingga 4 berima (aaaa)

Pantun adat:

Lebat daun bunga tanjung, 
Berbau harum bunga cempaka;
Adat dijaga pusaka dijunjung ,
Baru terpelihara adat pesaka.

Dipetik daripada: http://penyair.wordpress.com/2007/11/29/pantun-adat/

Pantun kasih-sayang:

Hijau daun diranting kayu,
Mayang ditabuh bulir hamburan;
Hajat dikirim di angin lalu,
Sayang dihembus balik haluan.

Dipetik daripada: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pantun#Pantun_Percintaan

Pantun nasihat:

Buah pelaga makan dikikir,
Dibawa orang dari hulu;
Sebarang kerja hendak difikir, 
Supaya jangan mendapat malu. 

Dipetik daripada: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2059.0

Pantun peribahasa:

Berakit-rakit kehulu,
Berenang-renang ke tepian;
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian.

Dipetik daripada: http://penyair.wordpress.com/2007/06/21/pantun-peribahasa-2/

Pantun kanak-kanak:

Timang tinggi-tinggi,
Sampai cucur atap;
Belum tumbuh gigi,
Pandai baca kitab.

Dipetik daripada: http://penyair.wordpress.com/2008/06/10/pantun-kanak-kanak/




Tiada ulasan:

Catat Ulasan