Sabtu, 7 Julai 2012

Perkataan

Manusia bercakap menggunakan perkataan-perkataan. Perkataan-perkataan itu disusun menjadi ayat. Tiap-tiap perkataan mempunyai makna. Cara-cara bagaimana perkataan disusun dalam ayat juga mempunyai makna. Cara-cara itu disebut tatabahasa.

Tiap-tiap bahasa di dunia ini memiliki beribu-ribu perkataan. Bahasa-bahasa yang maju mempunyai jumlah perkataan yang lebih besar daripada jumlah perkataan yang dimiliki oleh bahasa yang belum maju.

Bahasa Melayu memiliki beratus ribu perkataan. Sebahagian perkataan itu memang Melayu asli, manakala sebahagian lagi dipinjam daripada bahasa-bahasa lain seperti Sanskrit, Hindi, Tamil, Cina, Parsi, Portugis, Belanda, Arab, dan Inggeris.

Ada perkataan asal dan ada perkataan yang terbit daripada perkataan asal. Tiap-tiap perkataan asal boleh menerbitkan banyak perkataan lain. Perkataan asal disebut kata akar. Perkataan yang diterbitkan oleh kata asal disebut kata terbitan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan