Ahad, 9 September 2012
Laras Bahasa Sains
LARAS BAHASA SAINS
Autoradiografi ialah satu teknik radiografi yang menggunakan bahan untuk diradiograf sebagai punca sinaran. Ini bermakna bahan yang ingin diradiograf perlu mempunyai keaktifan tersendiri. Keaktifan pada bahan yang diuji boleh dibentuk melalui dua cara. Pertama penyurih radiosotop boleh digunakan dalam proses yang melibatkan pembentukan bahan atau kemasukan ke dalam bahan supaya taburan penyurih radiosotop menunjukkan sifat-sifat yang perlu diketahui. Teknik ini seringkali digunakan untuk membentuk autoradiograf sampel-sampel biologi. Kedua, sampel boleh diaktifkan melalui penyinaran zarah, seperti neutron, proton, dan lain-lain supaya unsur-unsur tertentu menjadi aktif dengan zarah pereputan yang dikehendaki.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan