Ahad, 9 September 2012
Laras Bahasa PSV
LARAS BAHASA PENDIDIKAN SENI
Warna ialah unsur penting yang menjadikan dunia kita menarik dan berwarna-warni. Warna menyebabkan ciptaan beraneka corak dan gaya dalam semua seni tampak. Gambar tertentu yang boleh mempengaruhi perasaan serta keadaan fikiran kita juga ditimbulkan dengan penggunaan warna.
Jenis-jenis Warna
1. Warna Asas
(a) Juga dikenal sebagai warna utama.
(b) Terdiri daripada warna merah, biru, dan kuning.
(c) Tidak dapat dihasilkan melalui campuran warna-warna lain.
(d) Merupakan warna yang paling hebat kuasanya.
(e) Amat sesuai bagi ciptaan logo dan poster.
2. Warna sekunder
(a) Dihasilkan dengan campuran dua warna asas.
(b) Warna sekunder ialah warna jingga (Merah + Kuning), warna hijau (Kuning + Biru), dan warna Ungu (Biru + Merah)
(c) Kuasa warna sekunder sederhana; lebih kuat daripada warna tertier tetapi lebih lemah daripada warna asas.
3. Warna tertier
(a) Campuran satu warna asas dengan warna sekunder di sebelahnya.
(b) Warna tertier ialah kuning hijau (Kuning + Hijau), Kuning Jingga (Kuning + Jingga), Merah Jingga (Merah + Jingga), Merah Ungu (Merah + Ungu), Biru Ungu (Biru + Ungu), dan Biru Hijau (Biru + Hijau).
(c) Warna tertier menimbulkan kesan yang lebih lembut dan dapat mengurangkan kehebatan kuasa warna jika digunakan bersama-sama warna asas dan warna sekunder.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan