Ahad, 9 September 2012
Laras Bahasa PJK
LARAS BAHASA PENDIDIKAN JASMANI
Kecergasan berasaskan kesihatan bermaksud keupayaan kita menghindari masalah kesihatan dengan melakukan pergerakan fizikal. Masalah kesihatan itu ialah seperti penyakit jantung dan obesiti.
(a) Daya tahan kardiovaskular.
Skiping secara berterusan dapat meningkatkan keupayaan fungsi jantung kita.
(b) Daya tahan otot
Aktiviti bangkit tubi dapat membina keupayaan otot rektus abdominis kita untuk bekerja dalam tempoh yang lama.
(c) Fleksibiliti
Aktiviti lentik badan dan duduk jangkau melatih otot kita melakukan regangan. Aktiviti ini juga melatih sendi kita bergerak dengan bebas tanpa berasa sakit.
(d) Kekuatan otot
Aktiviti mendagu dapat membina kekuatan otot-otot tangan kita.
(e) Komposisi badan
Aktiviti senaman yang tetap dan kerap seperti berjoging dapat mengawal peratus lemak dalam badan kita.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan