Ahad, 9 September 2012

Kesilapan tatabahasa

MOD dalam P & P Berbantukan Komputer

LEA

Bahasa Melayu Komunikasi

Modul MBM 4M : Tatabahasa

Teknik Membaca

Bagaimana hendak menggunakan penanda wacana? Beritahu murid fungsinya. Kena faham fungsi. Lihat maksud ayat sebelumnya. Ada empat fungsi. 1. Untuk menunjukkan maksud tambahan / luaskan idea lagi • Hal ini bererti • Sejajar dengan ini • Pendek kata • Justeru (malahan itu) • Sebagai tambahan • Oleh itu • Dengan itu • Dengan demikan • Contohnya • Tegasnya • Dapat dinyatakan bahawa • Akhir sekali • Dengan kata lain • Dalam hal ini • Dalam hubungan ini • Untuk menjelaskan lagi • Untuk merumuskan • Selanjutnya • Di samping itu • Selain itu • Lebih-lebih lagi • Tambahan pula • Begitu juga • Seterusnya • Satu lagi 2. Untuk menunjukkan maksud sebaliknya • Sungguhpun • Berbanding dengan • Dalam masa yang sama • Pada masa yang sama • Sebaliknya • Walau bagaimana sekalipun • Tetapi • Walaupun • Walau bagaimanapun • Walaupun demikian • Sama ada • Sebenarnya 3. Untuk menunjukkan sebab-akibat dan tujuan-syarat • Berdasarkan • Berpegang pada • Sekiranya begitu • Akibatnya • Kesudahannya • Oleh sebab itu • Jadi • Disebabkan • Oleh hal yang demikian • Untuk tujuan itu • Maka (kata pangkal ayat) • Berikutan itu • Dengan demikian • Dengan syarat 4. Untuk menunjukkan maksud ketika • Merujuk • Berbalik kepada • Sementara itu • Sejenak kemudian • Akhirnya • Kesimpulannya

Laras Bahasa Sastera

LARAS BAHASA SASTERA (a) Terhampar tidak sampai dua batu dari pantai berhutan bakau, desa itu perlahan-lahan menyerahkan warna hijaunya kepada keremangan sore bulan Oktober. Hari-hari di langit utara bergantungan beberapa tompok awan yang gelap menandai Monsun Timur Laut yang mula bermusim. (b) Bunga-bunga yang dipetiknya dari hutan sekitar itu kini menimpa dan melorot dari kepala nisan, serentak mengejutkan rama-rama dan pepatung tadi. (c) Daun nyiur melambai-lambai kupulang Segala peristiwa merangkak kembali dalam ingatan. Kasihku menyala kembali.

Laras Bahasa Sains

LARAS BAHASA SAINS Autoradiografi ialah satu teknik radiografi yang menggunakan bahan untuk diradiograf sebagai punca sinaran. Ini bermakna bahan yang ingin diradiograf perlu mempunyai keaktifan tersendiri. Keaktifan pada bahan yang diuji boleh dibentuk melalui dua cara. Pertama penyurih radiosotop boleh digunakan dalam proses yang melibatkan pembentukan bahan atau kemasukan ke dalam bahan supaya taburan penyurih radiosotop menunjukkan sifat-sifat yang perlu diketahui. Teknik ini seringkali digunakan untuk membentuk autoradiograf sampel-sampel biologi. Kedua, sampel boleh diaktifkan melalui penyinaran zarah, seperti neutron, proton, dan lain-lain supaya unsur-unsur tertentu menjadi aktif dengan zarah pereputan yang dikehendaki.

Laras Bahasa PSV

LARAS BAHASA PENDIDIKAN SENI Warna ialah unsur penting yang menjadikan dunia kita menarik dan berwarna-warni. Warna menyebabkan ciptaan beraneka corak dan gaya dalam semua seni tampak. Gambar tertentu yang boleh mempengaruhi perasaan serta keadaan fikiran kita juga ditimbulkan dengan penggunaan warna. Jenis-jenis Warna 1. Warna Asas (a) Juga dikenal sebagai warna utama. (b) Terdiri daripada warna merah, biru, dan kuning. (c) Tidak dapat dihasilkan melalui campuran warna-warna lain. (d) Merupakan warna yang paling hebat kuasanya. (e) Amat sesuai bagi ciptaan logo dan poster. 2. Warna sekunder (a) Dihasilkan dengan campuran dua warna asas. (b) Warna sekunder ialah warna jingga (Merah + Kuning), warna hijau (Kuning + Biru), dan warna Ungu (Biru + Merah) (c) Kuasa warna sekunder sederhana; lebih kuat daripada warna tertier tetapi lebih lemah daripada warna asas. 3. Warna tertier (a) Campuran satu warna asas dengan warna sekunder di sebelahnya. (b) Warna tertier ialah kuning hijau (Kuning + Hijau), Kuning Jingga (Kuning + Jingga), Merah Jingga (Merah + Jingga), Merah Ungu (Merah + Ungu), Biru Ungu (Biru + Ungu), dan Biru Hijau (Biru + Hijau). (c) Warna tertier menimbulkan kesan yang lebih lembut dan dapat mengurangkan kehebatan kuasa warna jika digunakan bersama-sama warna asas dan warna sekunder.

Laras Bahasa PJK

LARAS BAHASA PENDIDIKAN JASMANI Kecergasan berasaskan kesihatan bermaksud keupayaan kita menghindari masalah kesihatan dengan melakukan pergerakan fizikal. Masalah kesihatan itu ialah seperti penyakit jantung dan obesiti. (a) Daya tahan kardiovaskular. Skiping secara berterusan dapat meningkatkan keupayaan fungsi jantung kita. (b) Daya tahan otot Aktiviti bangkit tubi dapat membina keupayaan otot rektus abdominis kita untuk bekerja dalam tempoh yang lama. (c) Fleksibiliti Aktiviti lentik badan dan duduk jangkau melatih otot kita melakukan regangan. Aktiviti ini juga melatih sendi kita bergerak dengan bebas tanpa berasa sakit. (d) Kekuatan otot Aktiviti mendagu dapat membina kekuatan otot-otot tangan kita. (e) Komposisi badan Aktiviti senaman yang tetap dan kerap seperti berjoging dapat mengawal peratus lemak dalam badan kita.

Laras Bahasa Matematik

LARAS BAHASA MATEMATIK (a) Sebuah jag mengandungi 4.25 l jus oren. Aini menuang jus oren itu ke dalam 12 biji gelas. Setiap gelas diisi dengan 285 ml jus oren. Berapakah isi padu, dalam ml, baki jus oren dalam jag itu? (b) Antara nombor berikut, yang manakah apabila dibundarkan kepada ratus yang terdekat menjadi 400 000? (c) Nyatakan nilai digit 7 dalam nombor 317 682 (d) Cari selisih antara 24.45 dengan 16.836. (e) Jarak dari L ke M sama dengan jarak dari M ke N. Jarak dari K ke L ialah ¼ daripada jarak dari L ke N. Berapakah jarak, dalam km, dari K ke N?

Laras Bahasa Kemahiran Hidup

LARAS BAHASA KEMAHIRAN HIDUP Daftar Inventori (KEW 313) Inventori ialah barang-barang takluak yang bernilai kurang daripada RM 500.00 setiap satu masa pada masa perolehan. Walau bagaimanapun, barang-barang seperti perabot, permaidani dan langsir serta penggan mangkuk adalah termasuk dalam kategori inventori tanpa kira kos. Daftar inventori diperkenalkan untuk merekodkan perolehan dan penempatan inventori. Daftar ini juga adalah dalam bentuk kad untuk memudahkan penyusunan dan juga semasa memebuat rujukan. Kad-kad ini disusun mengikut jenis inventori dan abjad. Satu daftar hendaklah disimpan untuk merekodkan penggunaan borang ini. Butir-butir yang perlu direkodlkan dalam bahagian ini adalah seperti yang berikut: (a) Kategori (b) Jenis (c) Bilangan (d) Butiran (e) Kuantiti (f) No. Pesanan Kerajaan (LO) (g) Tarikh beli (h) Kos seunit (i) No. Siri pendaftaran (j) Lokasi (k) Pelupusan (l) Catatan (m) Tandatangan

Laras Bahasa Agama

LARAS BAHASA AGAMA Semua keistimewaan yang kita peroleh sebagai umat Muhammad SAW itu adalah sebabnya Muhammad sendiri. Bagindalah manusia yang paling utama, Rasul dan Nabi yang paling mulia, yang kalau tidak kerana baginda tiadalah diwujudkan alam dan segala isinya. Berbahagialah kita menjadi umat Muhammad, tetapi hendaklah kita berkelakuan pula sebagai kelakuan Muhammad juga. Barulah dapat kita berbangga dengan Muhammad dan Muhammad juga akan berbangga dengan kita. Kalau tidak tentulah sia-sia belaka segala cita-cita kita itu. Wallahua’alam.

Modul Pemulihan dan Pengayaan

Pemulihan Dan Pengayaan (MODUL 2l)